Sabtu, 29 Oktober 2011

SEJARAH ZODIAK DAN ASTROLOGI

Sejarah zodiak dan Astrologi merupakan wawasan yang menarik untuk dikaji. Dari sudut astronomi, zodiak dikatakan terdiri daripada gugusan buruj atau rasi bintang yang terletak disepanjang lingkaran (garisan) matahari. Bulan dan juga planet-planet di galam galaksi Bima Sakti terletak di dalam lingkaran matahari yang pada masa yang sama berada di ruangan gugusan zodiak. Sumber astrologi pula menyifatkan zodiak sebagai tanda-tanda buruj yang terbahagi kepada dua belas bentuk yang sama besar. Zodiak kini terbahagi kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas tanda-tanda. 

Istilah zodiak diambil dari perkataan Latin zōdiacus, yang digubah daripada perkataan Greek ζωδιακός κύκλος (zōdiakos kuklos), yang membawa maksud lingkaran kecil haiwan. Istilah ini diambil berikutan fakta yang mengatakan separuh daripada tanda-tanda zodiak Greek purba terdiri daripada makhluk hidup. Pada hari ini, istilah dan juga nama-nama kesemua dua belas tanda-tanda lebih banyak dikaitkan dengan astrologi horoskopik walaupun zodiak masih lagi digunakan sebagai asas rujukan astronomi.


Zodiak sebagai kalendar
Sebuah lukisan abad ke-17 daripada Svetitskhoveli yang menggambarkan Yesus Kristus/Isa dalam lingkaran zodiak.
Konsep zodiak berasal dari Babylon dimana pada tahun 2000 Sebelum Masehi digunakan sebagai kaedah untuk memvisualisasikan berlalunya waktu. Seperti kalendar, ianya dibahagikan kepada dua belas bahagian, iaitu dua belas bulan dalam satu tahun. Tanda-tanda zodiak yang digunakan sekarang adalah daripada hasil kajian ahli astronomi Mesir, Ptolemy pada abad kedua Masihi, ketika zodiak sudah digunakan sekurang-kurangnya selama dua ribu tahun.
Tanda-tanda zodiak (astrologi) berserta maksud
Pada abad kelima sebelum masihi, zodiak (astrologi) telah dibagikan kepada dua belas bagian yang sama (satu untuk setiap bulan daripada tahun). Berikut merupakan senarai zodiak astrologi berserta unicode dan terjemahan dengan zodiak Serpentarius diabaikan
  • Aries (): Kambing biri-biri – kawasan ekuinoks musim bunga pada 21 Mac, yang merupakan tempoh tahun baru bagi kalendar purba.
  • Taurus (): Lembu jantan.
  • Gemini (): Si kembar.
  • Cancer (): Ketam – bermulanya musim panas, 21 Jun.
  • Leo (): Singa.
  • Virgo (): Gadis yang masih dara.
  • Libra (): Dacing – musim gugur 21 September.
  • Scorpio (): Kala jengking.
  • Sagittarius (): Centaur si pemanah.
  • Capricorn (): Kambing laut – musim sejuk 21 Disember.
  • Aquarius (): Pembawa air.
  • Pisces (): Ikan.
sumber: wikipedia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar